Search
Close this search box.
Roy Martin Lebat. Foto Bomba

Pemuda hilang selepas keluar pasang bubu di Sri Aman

SRI AMAN, 31 Mei: Seorang pemuda dikhuatiri lemas di tali air ketika memasang bubu ikan berhampiran Rumah Nanyi Gran C Stumbin di sini, hari ini.

Difahamkan Roy Martin Lebat,21, keluar dari rumah pada jam 8 pagi tadi dengan menaiki motosikal pergi ke tali air berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.35 malam ini dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Petugas kawalan BBP Sri Aman menerima panggilan kecemasan dari IPD Sri Aman melaporkan seorang lelaki hilang.

“Ketika keluar mangsa menggunakan T-shirt berlengan panjang berwarna hitam dan juga seluar pendek berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Setakat berita ini ditulis pihak bomba sedang mendapatkan maklumat berhubung kejadian.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan