Search
Close this search box.
Sebahagian daripada 142 jemaah haji Sarawak daripada kumpulan KT70Q selamat tiba di Mekah pada 10.30 malam waktu tempatan. Foto TVS

Kumpulan pertama 142 jemaah haji Sarawak selamat tiba di Mekah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 31 Mei: Seramai 142 jemaah haji Sarawak daripada kumpulan KT70Q selamat tiba di Mekah pada 10.30 malam waktu tempatan.

Kumpulan pertama jemaah haji Sarawak itu digabungkan bersama kumpulan jemaah haji daripada Pulau Pinang menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8443) menjadikan jumlah keseluruhan KT70Q seramai 285 jemaah.

Mereka yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ditempatkan di Maktab 79 hotel penginapan Land Premium sepanjang berada di Mekah bagi musim haji tahun ini.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni Duyufurrahman (tetamu Allah) Sarawak di Hotel Raia Kuching pada Khamis.

TYT, isteri santuni Duyufurrahman Sarawak

Tun Wan Junaidi serta isteri turut mengucapkan selamat jalan kepada 142 jemaah haji daripada kumpulan jemaah KT70Q yang dijadualkan berlepas pada 10:25 pagi ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Jeddah pada 3:20 petang waktu Malaysia.

Tahun ini, seramai 986 orang jemaah dari Sarawak terpilih untuk berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan haji musim 1445H/2024.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan 31,600 orang kuota jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan