Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Swinburne University of Technology Sarawak dan Fudan University, China bagi penganjuran Asian Cultural Heritage Youth Forum 2024 di Kuching, hari ini. Foto Odleen Catherny (TVS)

Ketengahkan budaya etnik Sarawak di pentas dunia

ByOdleen Catherny

KUCHING, 31 Mei: Swinburne University of Technology Sarawak hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Fudan University, China bagi menjalinkan kerjasama penganjuran Asian Cultural Heritage Youth Forum 2024.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata penganjuran forum itu merupakan satu platform terbaik bagi memperkenalkan keunikan budaya di Sarawak selain bertukar-tukar pengetahuan mengenai budaya negara-negara terlibat.

Sarawak perluas pengetahuan mengenai keunikan budaya | TVS

“Kami sangat berterima kasih kerana Sarawak dipilih sebagai lokasi penganjuran forum ini. Warisan budaya bukan sahaja harta negara, ia adalah jiwa kepada sesebuah negara.

“Di sinilah golongan belia memainkan peranan penting kerana mereka adalah masa depan negara. Belia merupakan waris kepada budaya-budaya ini. Nilai kelangsungan warisan budaya terletak di tangan mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Asian Cultural Heritage Youth Forum 2024 dan menandatangani MoU itu di sini, hari ini.

Dr Sim berkata lagi, kerjasama Sarawak dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang menyumbang kepada pembangunan negara bangsa.

“Saya ingin mengingatkan semua masyarakat Sarawak, kita bukan lagi dianggap sebagai ‘murah dan bagus’ tetapi kita memegang kualiti yang sangat bagus yang secara kebetulannya ‘murah’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Innovation Malaysia Sdn Bhd Profesor Wallace Wong berkata, forum sama julung kalinya diadakan di China dan penganjuran kali ini pula diadakan di Sarawak.

“Kita telah menjemput pelajar-pelajar daripada lebih 20 negara untuk berkongsi pengalaman tentang bagaimana mereka menjaga dan berkongsi mengenai budaya di negara mereka dengan cara tersendiri.

“Kita juga akan melakukan perkara sama, sebagai contoh bagaimana pelajar kami menggunakan budaya dalam projek reka bentuk mereka, seni bina sebagai cara memulihara budaya Sarawak,” katanya.

Budaya lebih 10 etnik Sarawak akan diketengahkan pada forum yang diadakan dari 1 hingga 5 Oktober 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan