Search
Close this search box.
Norizan Yahya menunjukkan rampasan menerusi beberapa siri operasi kastam pada sidang media di Miri, hari ini. Foto TVS

Kastam rampas rokok, minuman keras dan dadah bernilai RM3.128 juta

MIRI, 31 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas rokok, minuman keras dan dadah dianggarkan bernilai lebih RM3.128 juta termasuk cukai bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Norizan Yahya berkata menerusi beberapa operasi sebanyak 60 kes direkodkan membabitkan nilai keseluruhan barang rampasan RM1,060,674.20 dengan nilai cukai RM2,068,239.84.

“Dari Januari 2024 hingga 25 Mei 2024, JKDM Miri berjaya menghasilkan 42 kes tangkapan rokok dan minuman keras pelbagai jenama tidak berkastam dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM2,576,652.61.

“JKDM Miri juga telah berjaya mengagalkan 18 kes cubaan membawa masuk dadah jenis methaphetamine, pili ekstasi  serta ganja melalui mod udara dan berat anggaran kasar sebanyak 22.58 kilogram bernilai RM552,261.43,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Norizan berkata, pada 7 Mei lalu, JKDM Miri berjaya merampas 570,000 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM41,200 dengan nilai cukai RM380,320 di sebuah stor terletak di Niah.

Katanya, barangan kontraban tersebut yang disyaki tidak berkastam disembunyikan di stor berkenaan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa sebelum diedar ke pasaran tempatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan