Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 Indah Water Konsortium di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Fadillah Yusof (FB)

Indah Water Konsortium terus inovatif urus, selenggara sisa kumbahan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memuji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) kerana terus berjaya mengurus dan menyelenggara sisa kumbahan secara inovatif serta memacu ekonomi kitaran sejak 30 tahun penubuhannya.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata IWK telah mempelopori model ekonomi kitaran dengan penggunaan semula biproduk air kumbahan sebagai sumber alternatif serta tenaga baharu.

Beliau berkata perkara itu terbukti dengan pelbagai inisiatif mampan yang dilaksana oleh IWK antaranya menghasilkan kira-kira 80,000 tan baja organik daripada biopepejal setiap tahun.

“Syarikat ini telahpun mencari kaedah untuk menggunakan semula sumber berharga ini sebagai langkah maju ke arah pengurusan sisa biopepejal yang mampan.

“Menggunakan semula biopepejal ini bukan sahaja mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan tetapi juga menawarkan alternatif yang kos efektif dan mampan berbanding baja sintetik,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-30 syarikat itu di IWK Eco Park di sini, semalam.

Fadillah berkata IWK juga telah menonjolkan keupayaannya melalui penggunaan tenaga solar di 396 tapak loji bagi menjalankan beberapa peralatan rawatan kumbahan selain mampu menghasilkan 21,500 megawatt sejam (MWh) setahun dengan pengunaan teknologi tenaga solar dan ia dijangka menjimatkan kos sebanyak RM1.8 juta menjelang 2027.

“Saya meminta semua pihak untuk menghargai pengorbanan dan dedikasi petugas IWK yang sering kali berhadapan dengan situasi kotor, sukar dan berbahaya. Mereka inilah wira yang tidak didendang, yang sering kali dilupakan kerana kita tidak nampak kerja-kerja di belakang tabir ini.

“Namun tanpa komitmen mereka yang terus memastikan air sisa kumbahan dirawat dengan cekap, kita pastinya tidak akan merasai keselesaan seperti hari ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan