Search
Close this search box.
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini mendapatkan rawatan di hospital-hospital yang beroperasi di Tanah Suci. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: 62 jemaah dirawat di hospital sekitar Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 31 Mei: Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini mendapatkan rawatan di beberapa hospital yang beroperasi di Tanah Suci.

Ketua Rombangan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata daripada jumlah tersebut, 10 orang jemaah berada di Hospital Arab Saudi di Mekah dan Jeddah, manakala 52 orang lagi berada di Pusat Rawatan TH di Mekah.

62 jemaah haji Malaysia terima rawatan di pusat rawatan Mekah | TVS

Menurutnya mereka yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala seperti jangkitan paru-paru (pneumonia), kencing manis, darah tinggi dan penyakit berkaitan haba serta cuaca.

“Mereka yang mengalami masalah kesihatan kini dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan.

“Justeru bagi mereka yang telah berada di Tanah Suci, saya ingin mengingatkan agar menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang agak panas,” katanya ketika di temui media di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini pada Jumaat.

Syed Saleh berkata, mereka yang dimasukan ke hospital bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan yang disediakan.

“Bagi jemaah haji di Tanah Suci saya ingin ingartkan mereka sekali lagi jaga kesihatan kerana dengan ada cuaca panas, org ramai mereka pelru berjaga-jaga..kalau perlu guna pelitup muka supaya terhindar dari jangkitan virus dan sebarang penyakit.

“Mereka yang telah dijangkiti dan kurang sihat, saya sarankan agar jemaah pergi klinik di maktab yang telah disediakan untuk mendapatkan rawatan awal supaya penyakit tidak merebak dan dapat bersiap sedia dengan kesihatan yang baik untuk berwukuf di Arafah,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan