Search
Close this search box.
Seramai 21,517 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci Mekah, termasuklah semua jemaah yang datang dari Madinah setakat 30 Mei 2024. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: 21,517 jemaah haji telah tiba di Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 31 Mei: Seramai 21,517 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci Mekah, termasuk kesemua jemaah yang tiba dari Madinah setakat 30 Mei 2024.

Ketua Rombangan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata operasi penerbangan haji untuk musim 1445H/2024M yang bermula pada 9 Mei lepas dilaporkan berjalan dengan baik dan lancar.

“Dari segi bilangan penerbangan, 70 daripada 100 penerbangan yang membawa jemaah haji telah selamat tiba di Tanah Suci,” katanya.

Syed Saleh berkata demikian pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, hari ini.

Syed Saleh menambah, kesemua 47 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah telah selesai dengan penerbangan terakhir iaitu KT51 yang telah tiba di Madinah pada 25 Mei 2024.

Menurutnya dua syarikat penerbangan membabitkan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines hanya telah mencapai 70 peratus operasi penerbangan.

“Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan ingin berterima kasih kepada para pertugas haji yang telah memberi komitmen yang tinggi demi menjaga kebajikan, kesihatan, keselamatan dan urusan ibadat para jemaah haji Malaysia,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan