Search
Close this search box.
Datu Richard Tajan (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas sebagai simbolik penyerahan jawatan Pengarah JKR Sarawak baharu kepada Dr Cassidy sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan JKR di Kuching, semalam. Foto JKR Sarawak (FB)

Cassidy Morris dilantik Pengarah JKR Sarawak baharu

BySaibi Gi

KUCHING, 31 Mei: Dr Cassidy Morris dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak yang baharu berkuat kuasa 29 Mei.

Berdasarkan hantaran di laman rasmi media sosial JKR Sarawak semalam, majlis serah tugas antara mantan pengarah Datu Richard Tajan dan Cassidy berlangsung di ibu Pejabat JKR di Wisma Saberkas di sini sambil disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan jabatan.

Cassidy mula bertugas di JKR sebagai jurutera awam di JKR Bahagian Samarahan dari 1998 sehingga 2008 sebelum dilantik sebagai Jurutera Bahagian di Saratok dan Sri Aman dari tahun 2008 hingga 2017.

Dari 2017 sehingga 2020, beliau ditugaskan sebagai Pengurus Wilayah di Pejabat Wilayah Tengah (Sibu) JKR Sarawak dan ditukar ke ibu pejabat di Kuching sebagai Ketua Projek dan Ketua Aset dari 2020 hingga 2022.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Infrastruktur) dari 2022 sehingga Mei 2024.

Dengan pengalaman dalam bidang kejuruteraan selama 26 tahun bersama JKR Sarawak, anak kelahiran Saratok ini juga mempunyai kelulusan dalam Doctor of Business Administration (DBA) dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Struktur daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Selain itu juga beliau mempunyai memiliki beberapa pengiktirafan profesional seperti Jurutera Profesional (Ir.) oleh Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia); Juruteknologi Profesional (Ts.) oleh Lembaga Teknologi Malaysia (Malaysia Board of Technologists); Geospatialist (Gs.) oleh Persatuan Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia) dan Ahli Jurubina Bertauliah (Br.) daripada Persatuan Pentauliahan Pengurus Projek Pembinaan Malaysia (ACCPM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan