Search
Close this search box.
Dadah yang dirampas menerusi serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Kuching, semalam. Foto PDRM

Wanita warga asing ditangkap miliki syabu lebih dua kilogram

BySaibi Gi

KUCHING, 30 Mei: Polis memberkas seorang wanita warga asing serta merampas dadah jenis syabu menerusi serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Rock di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superitenden Merbin Lisa berkata wanita berumur 37 tahun itu ditangkap kerana memiliki syabu seberat kira-kira 2.4 kilogram.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM78,016.00,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Merbin berkata lagi, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

Dia direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan serta mengenal pasti punca bekalan dadah.

“Polis Daerah Kuching mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan