Search
Close this search box.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyerahkan penyapu kepada jemaah haji sebagai simbolik majlis pelancaran Program Kebersihan Maktab. Foto Zen Hashim (TVS)

TH anjur pertandingan kebersihan Maktab, pupuk semangat permuafakatan

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 30 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi menganjurkan pertandingan kebersihan maktab bagi membina sikap mengutamakan kebersihan sebagai budaya dalam kalangan jemaah haji.

Ketua Rombangan Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Badul Rahman berkata pertandingan seumpama juga dapat meningkatkan komitmen, keprihatinan dan kerjasama antara rakan-rakan sebilik dan juga jemaah dalam satu maktab.

TH anjur pertandingan kebersihan Maktab, pupuk semangat permuafakatan | TVS

“Kita akan membuat pertandingan bilik-bilik yang bersih dalam kalangan jemaah kita ada dua kategori jemaah haji yakni jemaah haji wanita dan lelaki.

“Kita akan menyediakan sedikit hadiah untuk pemenang bagi setiap hotel penginapan dan semoga ini juga bukan sahaja menekankan tentang kebersihan tetapi dapat meningkatkan sikap permuafakatan dalam kalangan jemaah haji kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Kebersihan Maktab pada Rabu.

Syed Saleh berkata lagi, aspek kebersihan juga adalah pelengkap bagi seseorang jemaah haji mendapatkan kemabruran haji.

Amalan kebersihan yang sinonim sebagai penanda aras jemaah Malaysia perlu dikekalkan sebaik tiba di tanah suci sehingga menjelang pulang ke tanah air.

“Untuk mendapatkan haji mabrur, ciri yang perlu dijaga ialah kebersihan dan ia sebahagian daripada iman. Sudah tentu kebersihan perlu dijaga.

“Masalahnya ada segelintir yang buat ibadat seperti umrah berkali-kali tapi bab kebersihan tidak dijaga terutama ketika hari Masyair,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau berharap kempen ini dapat menjadi suatu tanda aras terbaik bagi jemaah haji Malaysia pada tahun-tahun mendatang serta menjadi ikutan negara-negara Islam lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan