Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara LPNM dan Kolej Universiti i-CATS di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Turut kelihatan, Sheikh Umar Bagharib Ali (kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (kanan). Foto Bernama

Sasar 20,000 hektar tanaman nanas di Sarawak menjelang akhir 2030

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mei: Keluasan tanaman nanas di Sarawak akan mengatasi Johor jika sasaran 20,000 hektar dapat dicapai menjelang akhir 2030.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata pihaknya menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi memastikan pertambahan 14 peratus keluasan tanaman nanas setiap tahun.

“Kita akan menyalurkan apa jua bentuk bantuan untuk capai inisiatif ini. Kita sudah pasti akan melihat penambahan peruntukan untuk membantu Sarawak mencapai sasaran 20,000 hektar tanaman nanas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Setakat 2022, Johor mencatatkan keluasan tanaman nanas 11,398 hektar diikuti Sarawak (2,288 hektar) dan Pahang (1,361 hektar).

Sheikh Umar berkata lagi sejak beroperasi di Sarawak, LPNM sentiasa komited memberi bimbingan kepada pekebun kecil tempatan, selain menggalakkan pemain industri terlibat dalam industri nanas negeri.

Pada 2023, nilai eksport nanas negara berjumlah kira-kira RM5 bilion merangkumi pelbagai produk berasaskan tanaman itu dengan Singapura merupakan negara pengimport terbesar iaitu sebanyak 66 peratus.

Sementara itu beliau berkata, pertemuan delegasi LPNM bersama Premier Sarawak turut membincangkan mengenai potensi pembangunan tanaman nanas di negeri ini.

Menurutnya, inisiatif yang perlu digerakkan bagi memperkukuh industri, antaranya dengan mengadakan kerjasama bersama institut pengajian tempatan, Kolej Universiti i-CATS (iCats) bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Untuk itu, LPNM dan iCATS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melihat potensi dan kerjasama, khususnya dalam bidang R&D melibatkan industri nanas serta melihat kajian yang boleh kita laksanakan bersama,” katanya.

Majlis permeteraian MoU berkenaan yang berlangsung sebelum sesi kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak telah disaksikan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Sheikh Umar berkata sebagai simbolik kepada majlis MoU itu, sesi pertukaran dokumen dilakukan dengan Abang Johari selaku Canselor iCATS di pejabat Premier.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan