Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Majlis Langgar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Subis, Miri malam tadi. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Sarawak tidak bergantung pada nasib, kejayaan hasil kerja keras – Abang Johari

ByRadzi Ahmad

MIRI, 30 Mei: Sarawak tidak bergantung kepada nasib semata-mata, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menepis kritikan baru-baru ini daripada pihak tertentu terhadap kemajuan dan pencapaian wilayah itu.

Menyoroti laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menempatkan Sarawak sebagai pengeksport keempat tertinggi dalam kelompok lima negeri di Malaysia, Abang Johari berkata pengiktirafan itu diperoleh hasil kerja keras menteri dan pemimpin Sarawak, bukan nasib semata-mata.

“Ada orang kata Abang Jo hanya (ber)nasib. Mun malas, ne ada nasib ,” tegasnya semasa berucap di majlis “Melanggar Meja” sempena Aidilfitri 2024 Peringkat Daerah Subis pada Rabu.

Terdapat juga kritikan berbunyi usaha Sarawak dalam sektor minyak dan gas, terutamanya melibatkan syarikat milik Sarawak, Petros.

Abang Johari dengan tegas mempertahankan inisiatif ini, menyatakan bahawa ia berlandaskan perlembagaan dan hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita tidak merampas (hak) orang lain. Saya selalu kata, hak kita adalah hak kita, hak orang kita tidak rampas. Berdosa ambil hak orang lain,” tambah beliau.

Sekali lagi membariskan transformasi ekonomi Sarawak baru-baru ini, Abang Johari menyatakan bahawa usaha ini telah meningkatkan hasil negeri secara ketara, iaitu ia akan dilaburkan semula ke dalam projek pembangunan rakyat.

“Nak bina jalan raya bukannya murah. Pelaksanaan pelan induk di Niah (memakan) lebih RM100 juta. Duit kita empun, bukan duit urang.

“Sebab itu saya kerja kuat untuk cari duit. Tapi Alhamdulillah, rezeki kita bertambah. Tahun (2023) bertambah kepada RM13 billion, sedangkan dahulu paling tinggi RM6 billion.

“Mungkin tahun ini bertambah lagi, kita tidak tahu rezeki Tuhan,” kata beliau.

Memandangkan prestasi kewangan Sarawak yang kukuh, Abang Johari turut menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah.

Pendekatan ini telah membawa kepada penubuhan Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak (SFWSF), yang bertujuan untuk menjamin kemakmuran masa depan Sarawak untuk generasi akan datang.

“Alhamdullilah, cara kita menguruskan ekonomi adalah berhemah, berkat perpaduan kita yang kukuh,” tambah beliau.

Pesan Abang Johari jelas, kejayaan Sarawak dibina atas kerja keras dan inisiatif strategik, bukan nasib. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan