Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto fail TVS

Sarawak terima dana daripada Kerajaan Persekutuan bantu biayai penganjuran SUKMA

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 30 Mei: Sarawak menerima peruntukan RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi menampung sebahagian kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Para SUKMA Sarawak 2024.

Sehubungan itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas dana itu.

“Kita cukup bertuah kerana mempunyai dana bagi penganjuran temasya sukan terbesar negara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu, Abdul Karim percaya temasya itu akan berjalan lancar setelah melihat komitmen dipamerkan pihak terbabit.

“Semua orang memberikan komitmen mereka dan saya percaya ini akan menjadi SUKMA yang sangat berjaya,”katanya.

Dalam pada itu, Fatimah berharap SUKMA dan Para SUKMA kali ini dapat melahirkan lebih ramai jaguh sukan untuk negara.

“Menerusi acara sukan, kita berharap dapat melahirkan jaguh sukan dan ia penting penganjuran kejohanan ini sama ada SUKMA atau Para SUKMA iaitu jaguh sukan dari Malaysia,” katanya.

SUKMA Sarawak kali ini akan mempertandingkan 37 sukan dan 488 acara dan diadakan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan