Search
Close this search box.
Mantan Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman @ Hussaini mengadakan kunjungan hormat perpisahan ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini. Foto TVS

Program JBPM Sarawak jadi penanda aras di Putrajaya – Khirudin

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mei: Program dan aktiviti anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bakal menjadi penanda aras serta dilaksana di Putrajaya susulan ia mendapat perhatian dan boleh diguna pakai di peringkat kebangsaan serta seluruh Malaysia.

Mantan Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman @ Hussaini berkata hasil kerja dan inisiatif anak-anak Sarawak itu berpotensi dikembangkan untuk kesejahteraan dan kebaikan komuniti.

“Ini dibuktikan dengan statistik harta yang diselamatkan. Maknanya, keupayaan dan kebolehan komuniti kita dalam menangani insiden kebakaran dapat ditangani dengan cukup baik.

Ini petanda positif. Sekiranya program-program ini diteruskan, Insya-allah, kita dapat menjamin satu kumpulan komuniti yang daya tahan menghadapi bencana dengan keadaan yakin pada diri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat perpisahan terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Khirudin juga mendedahkan kunjungan berkenaan turut bertujuan untuk memaklumkan kenaikan pangkat beliau ke Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran.

Pada masa sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Sarawak, wakil rakyat dan juga ketua-ketua komuniti yang sentiasa menyokong usaha-usaha JBPM Sarawak dalam memperkasakan komuniti ke arah daya tahan.

“Saya harap ini dikekalkan bagi menjamin keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan