Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Daerah Subis, Miri malam tadi. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Pelan induk bagi pelaksanaan pembangunan di Niah

ByRadzi Ahmad

MIRI, 30 Mei: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan untuk membangunkan kawasan di sekitar Taman Negara Niah, termasuk pekan Niah di daerah Subis.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan tersebut perlu dibangunkan sejajar dengan status Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dijangka diterima pada Julai.

“Kita akan bangunkan pekan Niah dan kita sedang mencadangkan supaya Niah mempunyai pelan induk, iaitu Pelan Induk Niah Riverbank Protection Project.

“Ia membabitkan pembangunan tebingan sungai, (benteng) hakisan dan juga jalan,” katanya semasa berucap pada Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Daerah Subis di sini malam tadi.

Selain itu, infrastruktur internet di daerah tersebut juga akan dinaik taraf untuk menampung kedatangan pelancong yang beliau jangka akan meningkat setelah Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tambahnya, pelan induk tersebut memakan belanja besar kerana ia juga melibatkan pembangunan jalan dan simpang menuju ke arah Bekenu, termasuk Simpang Tusan, Beraya, Kejapil, Telahat, Bungai, Tiris, Pejuang-Kelulit dan Sepupok.

Namun kata Abang Johari, jumlah sebenar peruntukan tersebut akan diumumkan pada masa akan datang kerana ia melibatkan proses tender terbuka.

“Saya tidak dapat umum berapa implikasinya (peruntukan), tetapi harganya adalah tinggi disebabkan keadaan pelan induk yang kita nak bangunkan.

“Saya dapat memberi gambaran kosnya mencecah RM100 juta,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari turut berharap pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO akan memberi impak yang besar terhadap kawasan sekitarnya.

“Jika kita lulus (penilaian terakhir UNESCO), Sibuti akan terkenal di seluruh dunia dengan Niah sebagai pusatnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan