Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Pelaburan Google RM9.4 bilion bukti perencanaan kerajaan jelas, antara jadi tarikan pelabur – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pelaburan Google berjumlah US$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan yang jelas, selain kekuatan ekonomi dan sumber negara, menjadi tarikan kepada pelabur sedia ada dan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak RM9.4 billion di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.

Anwar berkata pelaburan Google ini akan menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.

“Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar US$3.2 bilion (RM15.04 bilion) dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang 2030,” kata beliau.

Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei lepas, Anwar berkata beliau telah menekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan AI secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan