Search
Close this search box.
Semua kapal pemasangan kabel yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini. (Foto fail Envato)

Kapal pemasangan kabel dikecualikan dasar kabotaj bermula 1 Jun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Kenyataan itu menyebut Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah menandatangani satu warta yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia, semalam.

Loke dalam kenyataan itu berkata sejak 2020, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi.

“Kerajaan Perpaduan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” katanya.

Selain itu Loke juga membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di Sarawak ke mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sabah dan sebaliknya.

Kenyataan itu menyebut ia dibuat atas permintaan kerajaan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan