Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo menunjukkan pelan projek kepada sesi sidang media selepas sesi taklimat kerja di Pejabat Projek Pakej A2 Sarawak Second Trunk Road di Sebuyau pada Khamis. Foto TVS

Isu kelewatan projek bina Jalan Batang Sadong – Sebuyau diatasi segera

SEBUYAU, 30 Mei: Isu kelewatan projek pelaksanaan Jalan Batang Sadong ke Sebuyau akan diatasi segera, kata Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo.

Menurutnya kelewatan itu disebabkan terdapat dua kawasan terlibat berdepan isu tuntutan tanah di kawasan yang belum tidak disukat.

Aidel memberitahu Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan Pegawai Daerah Sebuyau akan bekerjasama rapat dengan pihak terlibat untuk mengatasi isu melibatkan tuntutan tersebut.

“Di sini permulaan di sepanjang 3.3 kilometer di seksyen Kampung Ladong dan yang kedua ialah di seksyen Setika sepanjang 3.2 kilometer jadi dua seksyen ini telah mengalami late progress lah yang dituntut oleh penuntut-penuntut yang mendakwa tanah ini tanah mereka.

“Walaupun daripada carian pejabat land and survey tanah ini adalah tanah yang disebut sebagai tanah yang tidak disukat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas sesi taklimat kerja bersama Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee di Pejabat Projek Pakej A2 Sarawak Second Trunk Road di Sebuyau pada Khamis.

Pembinaan projek tersebut dijadualkan berlangsung sepanjang 48 bulan bermula pada 8 Ogos 2023 hingga 7 Ogos 2027.

Bagaimanapun susulan terpalit isu tuntutan tanah tersebut, projek itu dijangka akan dapat disiapkan pada 10 Disember 2027 dengan kelewatan selama 191 hari.

Sementara itu, Aidel mendedahkan kerja pembersihan tanah untuk pembinaan jalan Batang Sadong menuju Sebuyau bernilai RM524 juta itu kini sudah mencapai jarak 14 daripada 28 kilometer iaitu 0.27 peratus keseluruhan jarak laluan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan