Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: TH wujud pasukan perubatan, rawatan medan di Muzdalifah

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 30 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi unit perubatannya akan mewujudkan pasukan perubatan berkonsepkan rawatan medan di Muzdalifah ketika operasi Masyair pada musim haji tahun ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah berkata, ia bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan perubatan secara terus kepada jemaah, selain memastikan jemaah dapat menjaga larangan berihram.

TH wujud pasukan perubatan berkonsepkan rawatan medan di Muzdalifah | TVS

“Untuk Muzdalifah kita ada pasukan perubatan ‘combat madson’ atau perubatan yang berkonsepkan rawatan medan yang bermaksud kita akan beri rawatan dengan apa yang ada di situ.

“Contohnya kalau di hospital, kita nak rawat pesakit ada katil tetapi di Muzdalifah kita rawat di atas padang pasir.

“Pada masa sama kita juga perlu ambil berat bahawa jemaah ini masih dalam keadaan ihram, jadi kita tak boleh guna plaster, takut bulu tercabut, nanti bayar dam pula,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Tabung Haji baru-baru ini.

Dr Marsudi berkata operasi Masyair merupakan fasa kritikal bagi pasukan perubatan kerana perlu memastikan 31,600 jemaah haji dapat berwukuf di Arafah.

“Pertambahan petugas perubatan memang tidak ada, tetapi kita akan susun semula petugas untuk beri tumpuan kepada operasi di Arafah.

“Yang penting adalah Safari Wukuf, yang mana bagi jemaah haji yang uzur kita akan bawa dari pusat rawatan haji Mekah itu berwukuf di Arafah seketika, selepas berwukuf di Arafah kita akan bawa balik ke pusat rawatan TH,” kata Dr Marsudi lagi.

Dalam pada itu Dr Marsudi berkata, unit perubatan tersebut memainkan peranan yang cukup penting dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

“Perkhidmatan kesihatan yang kita sediakan bermula dari jemaah haji menjejakkan kaki di Madinah atau Mekah sehingga jemah berangkat balik ke Malaysia.

“Kita mempunyai sasaran untuk memastikan perjalanan jemaah haji Malaysia merupakan perjalanan ibadah haji yang terbaik,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan