Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar. Foto Awang Azmil (TVS)

Haji: TH sedia bantu jemaah terkandas akibat diperdaya

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 Mei: Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia membantu jemaah haji yang terkandas di Tanah Suci akibat terperdaya dengan pakej visa pelancongan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar, jemaah haji yang pergi ke Tanah Suci dengan menggunakan visa umrah atau pelancong didaftarkan di bawah agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kita bersedia memberikan bantuan walaupun ini di bawah hal kuasa MOTAC.

“Saya serahkan semuanya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebab saya difahamkan ada aduan polis dikemukakan untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Negeri Sarawak KT70Q Musim Haji 1445H/2024M di sini, hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, sekiranya ada aduan dikemukakan kepada Tabung Haji di Tanah Suci, pihaknya bersedia memberikan bantuan dan kerjasama kepada mereka.

Mengulas mengenai jika pasport jemaah haji tersebut ditahan, Mohd Naim enggan mengulas berhubung perkara itu sehingga terdapat aduan yang dikemukakan.

Terdahulu, pada 14 Mei lalu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh atau Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah tidak menerima aduan bakal jemaah haji Malaysia yang terkandas untuk mengerjakan ibadah berkenaan manakala pada 11 Mei lalu, sebuah portal nasional artikel melaporkan kira-kira 300 jemaah haji di Mekah terkandas akibat visa pelancong yang menghalang mereka dari menunaikan rukun Islam kelima itu.

Jemaah yang didapati menggunakan visa pelancong ketika menunaikan haji akan ditahan buat sementara waktu sebelum dihantar pulang ke tanah air masing-masing dan boleh dihalang untuk memasuki Arab Saudi dalam tempoh yang ditetapkan di bawah peraturan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan