Search
Close this search box.
Google akan melabur RM9.4 bilion di Malaysia merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google. Foto X Google Malaysia

Google labur RM9.4 bilion di Malaysia, sokong lebih RM15.04 bilion dalam impak ekonomi positif

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Syarikat gergasi teknologi, Google akan melabur US$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc (Alphabet), yang juga Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat berkata pusat data pertama Google dan Wilayah Awan Google adalah pelaburan terbesar kumpulan yang dirancang setakat ini di Malaysia – lokasi yang Google dengan bangganya sudah bertempat selama 13 tahun.

“Pelaburan ini dibina atas kerjasama kami dengan kerajaan Malaysia untuk memajukan ‘Dasar Cloud First,’ termasuk piawaian keselamatan siber yang tertinggi.

“Dengan pengumuman hari ini, Malaysia dan Google bekerjasama untuk memajukan usaha bersama kami dalam mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alphabet ialah syarikat induk Google. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan