Search
Close this search box.
Indonesia menggesa semua pihak supaya segera mencapai resolusi untuk memastikan pengakhiran permusuhan secara kekal dan menyediakan bantuan segera kepada rakyat Palestin. Foto, AFP.

Badan PBB alu-alukan gelombang pengiktirafan kenegaraan Palestin

ByBernama

WASHINGTON, 30 Mei: Biro Jawatankuasa Perhimpunan Agung mengenai Pelaksanaan Hak Tidak Boleh Dipisahkan Rakyat Palestin pada Selasa menyambut baik gelombang pengiktirafan kenegaraan Palestin yang semakin meluas.

Dalam satu kenyataan, biro itu berkata ia amat mengalu-alukan pengiktirafan Negara Palestin baru-baru ini oleh Barbados, Bahamas, Ireland, Jamaica, Norway, Sepanyol dan Trinidad dan Tobago, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Biro itu memuji keazaman negara-negara ini untuk menegakkan dan memajukan hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan untuk menentukan nasib sendiri dan untuk membawa harapan di tengah-tengah konflik yang dahsyat di Gaza dan peningkatan ancaman terhadap kelangsungan hidup rakyat Palestin,” menurut kenyataan itu.

Pengiktirafan yang semakin meningkat itu susulan kepada resolusi Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei, 2024 yang mengesahkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan negara merdeka Palestin.

Biro itu pada masa sama menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk menyelaraskan diri dengan konsensus yang dinyatakan oleh Perhimpunan Agung dan mengesyorkan kemasukan Negara Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Biro juga mengalu-alukan Perintah Langkah Sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 24 Mei, 2024 susulan Langkah Sementara pada 26 Jan dan 28 Mac, 2024 yang mengarahkan Israel menghentikan serangan tenteranya di Rafah dengan serta-merta, membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza dan untuk akses mandat penyiasatan PBB ke Gaza,” tambah kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan