Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto fail TVS

Ambil alih MASwings dan beli saham Affin Bank bukan tuntutan di bawah MA63

BySalasiah Safian

KUCHING, 30 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegaskan pengambilalihan MASwings dan pembelian saham dalam Affin Bank bukan sebahagian daripada tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebaliknya beliau berkata dua entiti yang sedang diusahakan kerajaan Sarawak itu bakal dimiliki menerusi proses jual beli demi kesinambungan pembangunan sosioekonomi yang bakal dinikmati rakyat.

“Sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Sabah, Selangor, Johor pun boleh membeli, tiada siapa menghalang. Sarawak hanya memerlukan lesen. Beri kami lesen, kami akan buka penerbangan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Nyalaan Lampu sempena Hari Gawai Dayak akan datang di replika kucing di Padungan, di sini malam tadi.

Sementara itu menyentuh mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 pada Selasa, beliau berkata perbincangan berjalan dengan lancar.

Katanya, ia adalah situasi menang-menang yakni kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat menerusi persetujuan bersama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan