Search
Close this search box.
Pesta Kaamatan serta Hari Gawai mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai Dayak mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa dua perayaan itu juga sebagai peringatan untuk bersyukur.

“Sebagai tanda kesyukuran di akhir musim menuai, Yang di-Pertuan Agong bertitah ia juga satu peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersyukur ke atas rezeki serta nikmat yang dikurniakan mengikut amalan masing-masing.

“Sultan Ibrahim juga bertitah perayaan ini mempamerkan kepada dunia tentang kemajmukan masyarakat Malaysia, masing-masing dengan warisan budaya tradisional yang unik,” menurut hantaran itu.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat yang meraikannya.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak jatuh pada Sabtu dan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan