Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Ahli Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak di Astana Negeri pada Rabu. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

TYT terima kunjungan hormat Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, Mei 29: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Ahli Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak di Astana Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan yang diketuai oleh Pemanca Bahagian Kuching Utara merangkap Pengerusi Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak, Roshidi Junai, bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa serta kedudukan Ketua Masyarakat di negeri ini yang dianggap sebagai ‘mata dan telinga kerajaan’ namun imbuhan yang diberikan kerajaan agak rendah.

“Kita telah merancangkan kunjungan hormat ini sejak lama, lebih dari tiga minggu yang lalu. Kita daripada Gabungan Ketua Masyarakat Islam Sarawak terdiri daripada wakil-wakil bahagian seluruh negeri Sarawak yang hadir hari ini. Kami berhasrat untuk bertemu dengan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan menyampaikan perkembangan kami kepada beliau,” katanya.

Roshidi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat itu sambil mendedahkan Tun Wan Junaidi berminat serta memberi perhatian terhadap inisiatif gabungan berkenaan.

“Respon dari Tun Wan Junaidi adalah positif dan beliau mendengar dengan baik keluhan-keluhan kita. Beliau pun berasa prihatin dan akan berbincang dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada masa yang akan datang.

“Mudah-mudahan ada berita baik dari pihak kerajaan kepada ketua-ketua masyarakat negeri Sarawak,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan