Search
Close this search box.
Pengguna kenderaan di Sabah dan Sarawak kini dapat menikmati jarak perjalanan ekstra 19 kilometer dengan formula baharu Shell FuelSave Diesel. Foto Shell

Shell FuelSave Diesel tambah jarak perjalanan

ByAhmad Azlan Shah

KOTA KINABALU, 29 Mei: Pengguna kenderaan di Sabah dan Sarawak kini dapat menikmati jarak perjalanan ekstra 19 kilometer dengan formula baharu Shell FuelSave Diesel.

Pengurus Besar Shell Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkata formula itu sejajar dengan prinsip Shell untuk terus berinovasi dan mencari penyelesaian mobiliti yang lebih baik untuk pelanggan.

“Shell telah menetapkan komitmen ‘Jauh Lebih Baik’ semasa pelancaran Shell FuelSave 95 tahun lalu.

“Dengan lebih daripada satu abad pengalaman dalam inovasi bahan api, formulasi diesel baharu ini menunjukkan usaha berterusan kami untuk memenuhi keperluan Sabah dan Sarawak yang sentiasa berubah untuk perjalanan lebih lama tanpa gangguan setiap tangki, terus menjadi rakan kongsi pilihan anda di jalan raya.” katanya semasa majlis pelancaran di sini, baru-baru ini.

Formula itu menawarkan faedah seperti pembersihan mendalam yang pertama dan menghilangkan sehingga 65 peratus deposit enjin berbahaya.

“Sama ada anda mengambil laluan yang lebih jauh tetapi pemandangan indah ke Gunung Kinabalu atau menjalankan urusan harian anda, Shell FuelSave Diesel Baharu kami memberi anda penjimatan tambahan dan jarak yang lebih baik dengan perjalanan lebih lama tanpa gangguan setiap tangki” katanya.

Sehubungan itu, rakyat Sabah dan Sarawak berpeluang memenangi 19 bulan Shell FuelSave Diesel percuma setiap minggu dari 1 Jun hingga 15 Julai 2024.

Pelanggan akan mendapat satu penyertaan bagi setiap pembelian minimum RM60 Shell FuelSave Diesel Baharu + Dipertingkatkan melalui Aplikasi Shell.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/FuelSaveDiesel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan