Search
Close this search box.
Setakat ini tiada pendekatan drastik diperlukan memandangkan COVID-19 masih terkawal. Foto hiasan Envato

Sarawak pantau perkembangan COVID-19

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Mei: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan Sarawak dan Jabatan Kesihatan sentiasa memantau perkembangan semasa COVID-19.

“Jabatan Kesihatan Sarawak telah membuat pemantauan dan pihak hospital membuat pemantauan secara tidak langsung dengan melihat berapa ramai pesakit yang masuk disebabkan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Nyalaan Lampu sempena Hari Gawai Dayak di replika kucing di Padungan, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, setakat ini tiada pendekatan drastik diperlukan kerana virus tersebut masih dapat dikawal.

Namun begitu, tanggungjawab individu untuk menjaga kebersihan dan memainkan peranan masing-masing.

Beliau berkata lagi, tiada sekatan kemasukan dilakukan ke atas rakyat Singapura ke Sarawak meskipun Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan negara itu sedang mengalami peningkatan kes baharu COVID-19.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan