Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus berucap pada Majlis Langgar Meja sempena Aidilfitri Peringkat Daerah Subis, Miri, malam ini. Foto Radzi Ahmad (TVS)

Sarawak kini disegani di peringkat dunia di bawah pimpinan Abang Johari

ByRadzi Ahmad

MIRI, 29 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya mengangkat martabat Sarawak sekali gus menjadikannya sebagai wilayah yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus berkata kebijaksanaan Premier dalam membangunkan sumber tenaga baharu mendapat perhatian dunia apabila sering menerima undangan untuk berkongsi pandangan.

“Abang Johari sering dijemput memberi taklimat atau ceramah kepada menteri Persekutuan dan kerajaan luar negara seperti Poland, Korea dan Jepun untuk berkongsi apa yang dilakukan Sarawak masa kini.

“Itu kehebatan Premier kita yang patut kita sokong dengan kuat di akar umbi ini,” katanya.

Rosey berkata demikian semasa berucap pada Majlis Melanggar Meja dan Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Daerah Subis yang dirasmikan Abang Johari, di sini, malam ini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,500 pengunjung dari Batu Niah, Bekenu dan Miri.

Hadir sama, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan