Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan Program Nyalaan Lampu sempena perayaan Gawai Dayak di replika kucing, Jalan Padungan, Kuching, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Sambut perayaan bersama kukuhkan perpaduan di Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 29 Mei: Perayaan yang disambut secara bersama meskipun berbeza kaum dan agama telah mengukuhkan perpaduan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata ia menjadi simbol kepada Sarawak sebagai sebuah wilayah yang harmoni.

“Orang luar (Sarawak) akan bercakap bagaimana Sarawak boleh bersatu? Kita bersatu kerana kita dalam setiap peluang (perayaan) pasti akan bersama-sama meraikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Nyalaan Lampu sempena Hari Gawai Dayak akan datang di replika kucing di Padungan, di sini hari ini.

Tambah beliau, setiap perayaan di Sarawak akan disambut secara bersama-sama dan amalan ini akan diteruskan sampai bila-bila.

“Itu cara kami berkongsi, ini adalah Sarawak. Lebih penting lagi dalam beberapa tahun akan datang ialah apabila kita mengingatkan semua rakyat Sarawak bahawa kita berada di peringkat kemajuan.

“Sangat kritikal untuk tempoh tersebut kerana seperti yang anda lihat di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg apa yang kerajaan cuba capai, ia berlaku sepanjang masa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan