Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pemimpin Dayak Sarawak bersama-sama akan menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak. Foto fail TVS

Pemimpin Dayak Sarawak anjur Rumah Terbuka Gawai pada 1 Jun

ByBernama

KUCHING, 29 Mei: Pemimpin Dayak Sarawak bersama-sama menganjurkan Rumah Terbuka Gawai Dayak pada 1 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata acara itu bermula dari 10 pagi hingga 4 petang.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara tetamu yang dijangka hadir pada acara itu.

“Ahli Kabinet negeri serta pasangan mereka dan pembesar tempatan juga dijangka hadir. Orang ramai juga dipelawa untuk menghadiri rumah terbuka itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Uggah dalam perutusan ringkas sempena sambutan Gawai Dayak, berharap mereka yang akan pulang ke kampung berhati-hati ketika memandu dan menyemak ramalan cuaca.

“Jika hujan, semua perlu berhati-hati terhadap kemungkinan berlakunya banjir atau tanah runtuh. Pastikan juga kenderaan anda dalam keadaan baik,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan