Search
Close this search box.
Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang. Foto PBB

Laporan media sosial tidak sahih ‘racun’ dalam keharmonian Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 29 Mei: Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang berkata laporan di media sosial tanpa hujah yang kukuh serta berunsur niat jahat terhadap Sarawak disifatkan sebagai ‘racun’ dalam keharmonian di negeri ini.

Beliau menegaskan perkara itu menerusi satu kenyataan hari ini mahu tindakan seperti itu harus diketepikan kerana ia berniat menggugat keharmonian di Sarawak dan negara.

“Sarawak telah muncul sebagai wilayah yang sangat membanggakan dan berwawasan, berbeza dengan mereka yang terlibat dalam serangan dan fitnah yang tidak bertanggungjawab.

“Mengambil contoh seekor sesumpah tidak boleh mengubah sifatnya, seperti harimau bintang tidak boleh menukar bintik-bintiknya, begitu juga mereka yang lebih suka menggunakan taktik sama untuk menyerang negeri ini apabila kita enggan bermain permainan kotor mereka,” tambahnya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata pengguna media sosial harus bertanggungjawab terutamanya apabila terjumpa dengan laporan yang berniat tidak baik.

“Apa yang diminta oleh Sarawak ialah pemulangan haknya yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963, tidak lebih dan tidak kurang.

“Hanya kerana Sarawak tidak menyedari haknya dahulu, ia tidak bermakna Sarawak perlu diambil mudah dan terus mengambil sikap tunduk,” katanya.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang dalam pada itu memberitahu Sarawak berbangga memiliki pemimpin berpandangan jauh seperti Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mentransformasi ekonomi Sarawak.

“Kita amat bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang cemerlang dalam mengemudi dan mencorak hala tuju Sarawak sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan semasa dunia dilanda COVID-19 sehingga kini.

“Di bawah kepimpinannya, pendapatan ekonomi Sarawak meningkat dua kali ganda daripada aliran tahunan hanya RM4 hingga 6 bilion kepada RM10 hingga 12 bilion sekarang.” Katanya.

Menurutnya lagi, walaupun tiada pemerhatian tidak adil terhadap Sarawak, namun beliau menegaskan bahawa rakyat boleh melihat apa yang dilalui oleh mereka.

“Bagi mereka yang secara tidak adil mengkritik usaha gigih Sarawak untuk maju tanpa bukti dan mereka boleh terus mengekalkan kelangsungan hidup dengan membuat laporan yang menghina dan memperlekehkan.

“Kami rakyat Sarawak ingin terus maju dan berpandukan perkara yang benar dan betul,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan