Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada sesi tinjauan bagi sesi latihan atlet para SUKMA Ke-21 Tahun 2024 di Kolam Renang, Kompleks Belia dan Sukan di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Kadar honorarium atlet sukan Para SUKMA diperkenal bulan ini – Fatimah

KUCHING, 29 Mei: Kerajaan bakal memperkenalkan kadar baharu kadar honorarium (elaun latihan) atlet sukan Para SUKMA 2024 pada bulan ini berikutan prihatin terhadap kebajikan mereka, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya terdapat beberapa kenaikan elaun tersebut atlet berdasarkan kategori masing-masing sebagai dorongan untuk mempertingkatkan usaha mereka mendepani temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 tahun ini.

Elaun tersebut katanya akan membolehkan atlet untuk menjalani tempoh latihan intensif sebagai bentuk persediaan bagi temasya itu.

“Saya panggil ia elaun masa mereka menjalani latihan seperti yang saya sebut tadi membolehkan mereka datang untuk latihan.

“Seperti yang saya katakan ada yang tak ada kerja ada yang dua orang tadi asalnya nelayan jadi untuk latihan mereka perlukan elaun untuk latihan dia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melakukan tinjauan bagi sesi latihan atlet para SUKMA Ke-21 Tahun 2024 di Kolam Renang, Kompleks Belia dan Sukan di Kuching pada Selasa.

Kadar baharu itu melibatkan lima kategori iaitu Atlet Pelapis A (RM1,200), Atlet Pelapis B (RM1,000), Atlet Pelapis C (RM800), Atlet Baharu (RM600) dan Atlet Elite (RM1,500).

Manakala, bagi pemenang pingat, insentif tertentu akan diberi dan kerajaan telah memberi peruntukan untuk tujuan tersebut namun nilainya maaih belum lagi diputuskan.

Insentif sama juga akan turut diberikan kepada atlet paralimpik yang telah menciptakan rekod yang baharu nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan