Search
Close this search box.
Pesawat pejuang F-35. Foto AFP

Juruterbang cedera parah pesawat F-35 terhempas di Lapangan Terbang Albuquerque

ByBernama

WASHINGTON, 29 Mei: Seorang juruterbang terselamat daripada kemalangan versi pembangunan pesawat pejuang F-35 tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque pada petang Selasa, lapor United Press International (UPI).

Lockheed Martin menerbangkan pesawat itu ke Pangkalan Tentera Udara Edwards di California Selatan, tetapi pesawat tersebut terhempas di bahagian selatan lapangan terbang.

Pesawat itu terbakar, namun api telah dipadamkan oleh anggota bomba tempatan.

Juruterbang keluar menggunakan ejektor dari pesawat dan sedar apabila pasukan tindak balas kecemasan tiba dan membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pasukan penyelamat juga merawat dua orang awam yang mengalami kecederaan ringan selepas serpihan melintasi jalan dan mengenai mereka.

Punca kemalangan itu tidak dilaporkan tetapi didakwa melibatkan sebuah pesawat dari Pangkalan Tentera Udara Kirtland.

F-35 Lightning II adalah pejuang generasi kelima supersonik satu tempat duduk yang mampu terbang sehingga 1,200 mph dan mencapai ketinggian maksimum 50,000 kaki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan