Search
Close this search box.
Tiong Ling Hii menunjukkan poster pemeliharaan alam sekitar pada sidang media bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bomba dan Penyelamat serta ZHA Environmental Sdn Bhd sempena kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Hari Gawai hari ini. Bersamanya ialah Pengarah ZHA Environmental, Bernard Yong (kiri) dan Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam (kanan). Foto Bernama

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak perkasakan Pasukan Bomba Sukarela

KUCHING, 29 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan memperkukuhkan semula Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sarawak pada tahun ini.

Pemangku Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii berkata mengikut rekod, 58 PBS telah ditubuhkan di seluruh Sarawak sebelum ini namun hanya 38 yang masih aktif.

Beliau berkata di Sarawak, PBS mempunyai peranan besar dalam membantu pasukan bomba terutama  di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai balai bomba.

“PBS tidak aktif bukan bermakna mereka tidak bantu kami langsung cuma dari segi pendaftaran telah terbatal oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana pelbagai faktor termasuk pengerusi bertukar dan ahli berpindah.

“PBS perlu adakan mesyuarat untuk menubuhkan jawatankuasa untuk berdaftar dengan ROS. Kita nak salur bantuan geran RM3,000 setahun pun sukar apabila PBS tidak aktif kerana jika tidak aktif, akaun bank juga akan tidak aktif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan dan kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Hari Gawai 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, JBPM Sarawak akan terus menjalankan pemantauan berterusan dengan mengukuhkan tenaga kerja bersama pasukan bomba di seluruh negeri bagi memastikan risiko kebakaran pada musim perayaan terkawal.

Ling Hii berkata, kerjasama dengan orang awam banyak membantu dalam menyelamatkan harta benda bernilai RM5.7 juta daripada 16 kes kebakaran rumah panjang pada tahun 2023.

“Bagi tahun ini sehingga April 2024, enam kes kebakaran rumah panjang direkodkan dan empat kes daripada enam kes tersebut atau 66.7 peratus berjaya diselamatkan oleh penghuni rumah panjang,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan