Search
Close this search box.
Bendera (Kiri) Norway, Afrika Selatan, Palestin, Ireland dan Sepanyol, dinaikkan di pintu masuk bandar Ramallah di Tebing Barat yang diduduki pada 28 Mei 2024. Foto AFP

Ireland secara rasmi iktiraf negara Palestin

ByBernama

DUBLIN, 28 Mei: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Langkah itu menyusul selepas Norway dan Sepanyol secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada pagi Selasa.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, berkata: “Kami ingin mengiktiraf negara Palestin selepas proses damai berakhir, tetapi kami mengambil langkah ini bersama Sepanyol dan Norway untuk menyokong keamanan.”

Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas dengan pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berhasrat negara-negara lain akan menyertai inisiatif tersebut, menekankan bahawa ia akan meningkatkan prospek keamanan.

Susulan langkah Sepanyol, Norway dan Ireland, jumlah negara yang mengiktiraf Negara Palestin meningkat kepada 147, daripada 193 negara anggota dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan