Search
Close this search box.
Seramai 4,000 ejen hartanah dari 23 negara berkumpul di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur sempena Konvensyen Antarabangsa IQI Global 2024 pada Rabu. Foto Faitullah Morni (TVS)

IQI Global 2024: Industri hartanah merupakan mata wang global baharu

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Seramai 4,000 ejen hartanah dari 23 negara berkumpul di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur sempena Konvensyen Antarabangsa IQI Global 2024 pada Rabu.

Konvensyen antarabangsa tersebut menghimpunkan rakan usaha sama dalam bidang kewangan dan perbankan, pakar dalam industri hartanah serta menyaksikan majlis penganugerahan kepada ejen hartanah Sarawak yang cemerlang iaitu dari Bahagian Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri

Menurut Ketua Ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed, konvensyen ini juga bertujuan untuk menyebarkan trend terkini untuk ejen dalam hartanah untuk bergiat pada landasan era pendigitalan.

“Konvensyen ini adalah platform sempurna untuk ejen hartanah memanfaatkan platform teknologi IQI,” katanya kepada TVS.

Shan turut berkongsi bahawa kini, pasaran hartanah mendapat tarikan daripada pelabur berpotensi, serta kepercayaan dalam kalangan pelabur.

“Pasaran hartanah terus meningkat dan pelabur kini yakin untuk meletakkan dana dalam sektor hartanah. Hartanah ialah mata wang global baharu,” ujarnya lagi.

Setakat Februari 2024, Juwai IQI telah mencapai jumlah jualan sebanyak USD 3 bilion (RM 14. 397 bilion), meluaskan rangkaian ejen hartanah mereka ke 40,000 dari seluruh dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan