Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah. Foto TVS

Haji: Jemaah diminta pakai pelitup muka, elak jangkitan virus

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 29 Mei: Jemaah haji dinasihatkan agar kekal menggunakan pelitup muka ketika berada di Tanah Suci demi menjaga kesihatan diri masing-masing, kata Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah.

Dr Marsudi berkata, peringatan bersama itu susulan kemungkinan jangkitan virus yang datang dari pelbagai negara dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan jemaah haji Malaysia.

“Kita sentiasa menasihati jemaah haji Malaysia untuk sentiasa menggunakan pelitup muka, dan elak berada di tempat sesak…ini bukan hanya untuk COVID-19 sahaja tetapi kemungkinan virus-virus yang datang dari pelbagai negara.

“Sebab sepanjang musim haji terdapat lebih 100 negara rakyatnya menunaikan haji, bukan hanya Malaysia, Indonesia dan negara asia sahaja, tetapi ada negara seperti Afrika dan sebagainya, jadi kita tidak tahu apa jenis virus yang ada pada jemaah-jemaah haji negara lain,” kata Dr Marsudi ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah di sini, pada Selasa.

Dr Marsudi menambah, pihaknya akan berhubung dengan Kementerian Kesihatan Arab Saudi dari semasa ke semasa bagi mendapatkan segala informasi terkini berhubung masalah penyakit dan virus yang ada.

“Kalau ada sesuatu penyakit yang mereka (Kementerian Kesihatan Arab Saudi) suruh beri penekanan kepada jemaah haji, kita akan ikut sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Dr Marsudi berkata, keadaan persekitaran di Tanah Suci akan menjadi satu cabaran besar buat jemaah haji Malaysia kerana keadaan cuaca yang panas dengan aktiviti fizikal yang akan dilakukan sepanjang musim haji.

“Di sini kita datang untuk beribadah dan ibadah haji seperti kita tahu ianya bersifat fizikal, ia jauh berbeza seperti mana yang kita amalkan di Malaysia.

“Jadi penyakit-penyakit yang timbul adalah disebabkan oleh aktiviti fizikal dan jangan lupa kita punya diet pemakanan juga berbeza…jadi faktor-faktor tersebut menjadi penyumbang kepada penyakit terhadap jemaah haji,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan