Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Foto Bernama

GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat – Dr Dzulkefly

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Malaysia optimis bahawa kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan Fourteenth General Programme of Work (GPW14) akan menjadi instrumen penting bagi membimbing ahli dan pemain kesihatan lain dalam membentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata GPW14 turut memperkasakan WHO untuk berfungsi dengan berkesan merentasi semua peringkat organisasi, dengan bersama-sama mampu mengorak langkah penting dalam meningkatkan kesihatan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Tema ‘All for Health, Health for All’ adalah suatu keperluan moral dan sosial yang sungguh-sungguh yang bergema dengan mendalam dengan transformasi berterusan Malaysia dalam pembiayaan kesihatan dan penyampaian perkhidmatan.

“Kami sedang mengubah cara penyediaan penjagaan dengan memacu inovasi kesihatan digital untuk membawa perkhidmatan lebih dekat dengan rumah, dengan sokongan daripada pembaharuan pembiayaan bantuan yang mampan yang meningkatkan kesamarataan,” katanya ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi plenari sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-77 (WHA77) di Geneva, Switzerland hari ini.

Mengambil contoh pandemik COVID-19, beliau berkata kerjasama sejagat bukan sahaja menghasilkan vaksin yang menyelamatkan nyawa, tetapi juga memberi peluang untuk menjalin cara lebih baik ke hadapan dan membina hubungan yang lebih kukuh.

Menurut Dzulkefly rundingan berterusan dengan Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) berkaitan pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) menggariskan keperluan yang tidak dapat dinafikan untuk tindakan kolektif, yang juga sejajar dengan kepercayaan Malaysia dalam mempromosikan kesamarataan, perpaduan dan ketelusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan