Search
Close this search box.
Yunus Tambi menyerahkan sijil lantikan ketua masyarakat kepada Temenggung Leong Boon Ming pada satu majlis di Limbang, hari ini. Foto TVS

Dua kawasan di Limbang diisytihar bebas denggi

LIMBANG, 29 Mei: Kampung Menuang dan Batu Danau, Limbang yang sebelum ini kawasan wabak demam denggi diisytihar bebas penyakit itu bermula hari ini.

Residen Limbang, Yunus Tambi berkata usaha menangani wabak denggi di dua kawasan itu dilaksanakan melalui aktiviti kawalan dan pencegahan seperti program gotong-royong membersihkan persekitaran kediaman.

“Nasihat saya sentiasa bersihkan kawasan rumah, sentiasa elakkan daripada pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Ketua Masyarakat di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, program pencegahan denggi itu dilakukan membabitkan kerjasama pelbagai agensi terutamanya Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Limbang, Pejabat Daerah Limbang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Limbang agar bersama-sama membantu menangani penularan denggi dengan menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.

Pada majlis itu, empat ketua masyarakat menerima sijil lantikan jawatan masing.

Mereka terdiri daripada Temenggung Leong Boon Ming, Pemanca Chua Beng Soon, Pemanca Sahat Bagol dan Penghulu Ang Chiw Kiam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan