Search
Close this search box.
Pencarian 50 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbaik di negara ini menerusi Anugerah Enterprise 50 (E50) kini diteruskan apabila Siri Jelajah bagi Wilayah Pantai Timur telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih daripada 100 syarikat menyertai Anugerah tersebut. Foto SME Corp. Malaysia

Anugerah E50: Pencarian 50 PKMS diteruskan di Sarawak, selepas Pantai Timur

ByConnie Grace

KUCHING, 29 Mei: Pencarian 50 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbaik di negara ini menerusi Anugerah Enterprise 50 (E50) kini diteruskan setelah Siri Jelajah bagi Wilayah Pantai Timur mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 100 penyertaan.

Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Panglima Bernard Giluk Dompok dalam satu kenyataan hari ini menyatakan penganugerahan itu bertujuan untuk meberi galakan kepada PMKS untuk melengkapkan operasi perniagaan daripada aspek kelestarian melalui penerapan amalan ESG iaitu Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus.

“Siri Jelajah bagi Wilayah Pantai Timur telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih daripada 100 syarikat berpotensi di sekitar Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang telah menyertai Siri Jelajah berkenaan,” katanya.

Selain itu ujarnya, sehingga kini, program ini telah menarik seramai 2,225 peserta dan pada masa sama mewujudkan sebanyak 763 alumni pemenang.

“Daripada pemenang E50 yang lalu, sebanyak 67 syarikat telah berjaya disenaraikan dalam pasaran modal, yang menambah lagi prestij Anugerah ini,” katanya.

Bagi meningkatkan penyertaan PMKS dalam Anugerah E50 pada tahun ini, beberapa siri jelajah telah dilaksanakan di beberapa lokasi termasuklah Sabah, Sarawak, Pulau Pinang (Zon Utara) dan Johor (Zon Selatan).

Pada tahun ini, syarikat perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai Program Anugerah E50, sila layari laman sesawang, www.e50.com.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found