Search
Close this search box.
Iskandar Turkee (tiga kanan) berjabat tangan dengan Dato Dr Anderson Tiong sambil diperhatikan oleh Ketua Infrastruktur Digital SMA, Daryl Redas Noel dan pegawai SMA yang lain semasa lawatan di Pejabat SMA di Kuching hari ini.

90 peratus kawasan Jepak dihubungkan dengan rangkaian Internet 4G

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 29 Mei: Sebanyak 90 peratus kawasan Jepak di Bintulu dihubungkan dengan rangkaian Internet 4G, kata Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng.

Menurutnya, 90 peratus kawasan yang dihubungkan dengan rangkaian Internet itu merangkumi lapan lokasi dengan akses kemudahan 5G, lapan menara Telekomunikasi Luar Bandar SMA (SMART) dan 33 infrastruktur sedia ada.

“SMA akan terus komited dalam usaha melengkapkan jaringan Internet di Sarawak agar setiap lapisan masyarakat menikmatinya,” katanya semasa menerima lawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Iskandar Turkee optimis bahawa masyarakat di kawasannya tidak ketinggalan dalam pembangunan ekonomi digital yang merupakan matlamat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, jurang digital dapat dirapatkan antara kawasan bandar, kampung dan pedalaman di DUN Jepak yang akan dapat dihubungkan dengan akses Internet dengan inisiatif Kerajaan Sarawak melalui SMA.

“Kita cuba mengangkat anak-anak luar bandar dengan ilmu pengetahuan supaya mereka tidak ketinggalan dan berharap mereka juga mempunyai pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan pendidikan.

“Bagi masyarakat luar bandar pula, kewujudan akses Internet membolehkan mereka memasarkan produk secara berkesan melalui pemasaran digital,” jelasnya.

Iskandar Turkee turut memuji inisiatif SMA yang mempunyai pelbagai pendekatan dalam usaha menghubungkan masyarakat di kawasan pedalaman dengan rangkaian Internet.

“Saya ucapkan tahniah kepada SMA kerana berusaha membantu memperluaskan perkhidmatan Internet hingga ke kawasan pedalaman khususnya di DUN Jepak agar matlamat Premier ke arah ekonomi digital dapat dicapai,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan