Rakyat Malaysia antara mangsa terhidu gas beracun di Singapura meninggal dunia

SINGAPURA, 29 Mei: Seorang pekerja subkontraktor warga Malaysia berusia 24 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Besar Ng Teng Fong menjadi korban kedua dalam insiden terhidu gas beracun di loji Rawatan Air Choa Chu Kang (CCKWW) di sini, minggu lepas.