Search
Close this search box.
ADUN Senadin , Dato Sri Lee Kim Shin semasa memberi cenderamata kepada Presiden Institut Integratif Perubatan Universiti Fudan, Profesor Dong Jingcheng. Foto TVS

Terokai biodiversiti Sarawak untuk penyelidikan perubatan

MIRI, 28 Mei:Kekayaan biodiversiti yang ada di Sarawak terutama dari segi herba dan tumbuhan semula jadi berpotensi untuk dikaji terutama dalam bidang penyelidikan perubatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kajian itu penting bagi meneroka nilai perubatan baharu untuk meningkatkan kesihatan umum serta mencari penawar untuk penyakit yang belum ditemui.

“Sarawak adalah tempat di mana kita mempunyai semua sumber yang belum diterokai ini yang mempunyai banyak potensi. Kita harap dengan perubatan integratif baru ini dan tingkatkan keupayaan penyelidikan kita, kita dapat mengemukakan ubat baru untuk produk farmaseutikal yang boleh membantu meningkatkan kesihatan umum rakyat.

“Ini juga untuk rawatan pelbagai penyakit yang pada masa ini, mereka tidak menemui sebarang penawar sebenar untuknya terutama untuk kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke bangunan baru Hospital Miri bersama delegasi Institut Integratif Perubatan Universiti Fudan diketuai Presidennya, Profesor Dong Jingcheng pada Selasa.

Melalui lawatan ini, beliau berharap pihak delegasi Universiti Fudan untuk mempertimbangkan menubuhkan fakulti perubatan secara kolaboratif dengan Hospital Miri bagi menjalankan kajian dalam perubatan tradisional dan herba.

Beliau yakin kajian sebegini akan membantu menangani masalah penyakit kritikal seperti darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Kim Shin juga menambah Miri mempunyai lokasi yang strategik untuk fasiliti tersebut kerana selain kemajuan pembangunan yang baik, ia juga terletak berdekatan dengan 3 negara dalam satu Kepulauan Borneo iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan