Search
Close this search box.
Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh merasmikan Bengkel ‘Unlock Hidden Value: Drive Growth & Sustainability With Climate Action’ di Miri, hari ini. Foto TVS

Terap prinsip ESG ke dalam teras dasar ekonomi dan perindustrian

MIRI, 28 Mei: Kerajaan Sarawak komited menyepadukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai teras dasar ekonomi dan perindustrian di wilayah berkenaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata sektor perindustrian dan komersial perlu mematuhi standard ESG yang ditetapkan untuk berkembang maju.

“Adalah penting untuk kita menyepadukan prinsip ESG ke dalam teras dasar ekonomi dan perindustrian kita dan PCDS 2030 menggariskan pelan hala tuju kita untuk menjadi rantau yang berkembang maju, berdaya tahan dan mampan, menekankan inovasi, keterangkuman dan penjagaan alam sekitar.

“Kerajaan Sarawak komited dalam memupuk persekitaran yakni perniagaan boleh berkembang maju sambil mematuhi standard pematuhan ESG yang tinggi. Komitmen ini adalah mengenai menerapkan prinsip ini ke dalam aktiviti perindustrian dan komersial kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Bengkel ‘Unlock Hidden Value: Drive Growth & Sustainability With Climate Action’ di sini, hari ini.

Katanya, dengan mengadaptasi dan mematuhi prinsip ESG, Sarawak mampu menetapkan penanda aras kepada wilayah serta negeri lain untuk bergerak sering dengan mempamerkan pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Lebih 100 peserta daripada 40 syarikat yang terlibat dalam bengkel itu yang bertujuan membina daya tahan iklim dan kesediaan ESG di kalangan syarikat Sarawak.

Ia juga berfungsi sebagai platform melengkapkan industri dan pihak berkepentingan dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk melaksanakanna strategi ESG yang berkesan sekali gus memastikan perniagaan kekal berdaya saing dan mampan dalam pasaran global.

Bengkel ini merupakan anjuran bersama MINTRED Sarawak, InvestSarawak, Alliance Bank, UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan