Search
Close this search box.
Kementerian akan kemuka butiran lanjut mengenai Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) pada Rabu. Foto hiasan Envato

Tengku Zafrul kemuka butiran lanjut Strategi Semikonduktor Nasional esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengemukakan butiran lanjut mengenai Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS) esok.

Ketika ditemui selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Tengku Zafrul berkata butiran itu termasuk peruntukan RM25 bilion dalam sokongan fiskal untuk mengoperasikan NSS, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta penciptaan bakat.

Beliau berkata jurutera mendapat permintaan tinggi dalam pelbagai industri, bukan sahaja semikonduktor, namun bilangan mereka melebihi daripada permintaan pasaran pekerjaan.

Justeru, beliau berkata kerajaan komited untuk bekerjasama dengan pemain industri dan universiti bagi memupuk lebih ramai bakat berkemahiran.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa negara akan membangunkan hab R&D global untuk semikonduktor di bawah NSS, yang akan melibatkan universiti, korporat dan pusat kecemerlangan bertaraf dunia.

Anwar berkata 60,000 jurutera berkemahiran tinggi Malaysia akan dilatih dan dipertingkatkan untuk menyokong permintaan sektor itu yang semakin meningkat.

“(Untuk melahirkan 60,000 jurutera) akan mengambil masa lebih lima hingga 10 tahun bergantung kepada insentif yang kita lihat,” katanya kepada pemberita di luar acara SEMICON Asia Tenggara 2024 hari ini.

Perdana Menteri berkata negara bersedia untuk menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan dalam fasa pertama NSS.

Di bawah fasa kedua NSS, Malaysia berhasrat untuk membangunkan sekurang-kurangnya 10 syarikat tempatan dalam reka bentuk dan pembungkusan canggih dengan perolehan antara RM1 bilion dan RM 4.7 bilion (US$210 juta dan US$1 bilion).

Negara juga berharap untuk membimbing sekurang-kurangnya 100 syarikat berkaitan semikonduktor dengan pendapatan hampir RM1 bilion (US$210 juta), mewujudkan bayaran gaji yang lebih tinggi untuk pekerja Malaysia.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan