Search
Close this search box.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa berkata sejak tiga minggu lepas, hampir 1 juta rakyat Palestin telah melarikan diri dari Rafah. Foto AFP

Serangan Israel: Hampir sejuta orang larikan diri dari Rafah sejak 3 minggu lepas

ByBernama

ANKARA, 28 Mei: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa berkata sejak tiga minggu lepas, hampir 1 juta rakyat Palestin telah melarikan diri dari Rafah, selatan Semenanjung Gaza, di tengah-tengah pencerobohan berterusan Israel ke bandar itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan di platform X, UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun “tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air”.

“Hari demi hari, pemberian bantuan dan perlindungan menjadi hampir mustahil,” menurutnya dan mengulangi gesaan untuk gencatan senjata segera.

Sebelum pelancaran operasi ketenteraan Israel ke atas Rafah pada 6 Mei lepas, ia menjadi tempat tinggal dan perlindungan kepada lebih 1.5 juta penduduk Palestin yang melarikan diri dari kawasan mereka di seluruh Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang bermula pada 7 Okt 2023.

Pada Selasa, tentera Israel mula memperluas serangannya ke atas Rafah di tengah-tengah serangan dan pengeboman hebat, memaksa ribuan orang melarikan diri dari barat Rafah ke arah Khan Younis dan kawasan di tengah Semenanjung Gaza.

Perkembangan semasa pencerobohan Israel ke atas Rafah menjadikan tentera Israel hampir menguasai sepenuhnya kawasan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir, yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi, zon penampan bebas tentera yang terletak di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.

Tentera Israel setakat ini telah merampas kawalan hampir dua pertiga daripada kawasan koridor ketika ia mara melalui pengeboman dan serangan.

Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera.

Sekurang-kurangnya 36,050 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak dan lebih 81,000 yang lain cedera sejak Oktober.

Lebih tujuh bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv untuk memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan itu dan mengambil langkah untuk menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan