Search
Close this search box.
Sarawak berada di kedudukan keempat antara lima negeri pengeksport utama negara untuk tempoh April 2024. Foto hiasan Envato

Sarawak antara lima negeri pengeksport utama negara

KUCHING, 28 Mei: Sarawak berada di kedudukan keempat antara lima negeri pengeksport utama negara untuk tempoh April 2024.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menerusi kenyataan berkata Sarawak menyumbang 8.2 peratus daripada jumlah eksport negara.

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.1 peratus, diikuti oleh Johor (20.4 peratus), Selangor (18.5 peratus), Sarawak dan Kuala Lumpur (4.7 peratus).

“Malaysia mencatatkan eksport bernilai RM114.7 bilion pada April 2024, meningkat RM9.5 bilion (meningkat 9.1 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (meningkat RM3.0 bilion), Sarawak (meningkat RM2.1 bilion), Pulau Pinang (meningkat RM1.4 bilion), Kuala Lumpur (meningkat RM1.0 bilion), Perak (meningkat RM894.4 juta), Terengganu (meningkat RM826.4 juta), Sabah (meningkat RM669.2 juta), Johor (meningkat RM534.0 juta), Kelantan (meningkat RM164.9 juta) dan Labuan (meningkat RM7.2 juta).

Nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM669.7 juta, Pahang (menurun RM377.0 juta), Negeri Sembilan (menurun RM125.6 juta), Perlis (menurun RM26.7 juta) dan Melaka (menurun RM25.6 juta).

Pada masa yang sama, import pada bulan April 2024 meningkat RM14.5 bilion (meningkat 15.6 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2023.

Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (meningkat RM4.0 bilion), Pulau Pinang (meningkat RM3.6 bilion), Johor
(meningkat RM1.6 bilion), Melaka (meningkat RM1.3 bilion), Kedah (meningkat RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (meningkat RM770.8 juta), Pahang (meningkat RM532.9 juta), Kuala Lumpur (meningkat RM520.9 juta), Sarawak (meningkat RM479.4 juta), Perak (meningkat RM228.3 juta), Terengganu (meningkat RM125.8 juta), Sabah (meningkat RM121.1 juta) dan
Perlis (meningkat RM9.6 juta).

Bagaimanapun, nilai import jatuh di W.P. Labuan sebanyak RM41.1 juta dan Kelantan (menurun RM19.3 juta).

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.2 peratus, diikuti oleh Johor (21.6 peratus), Pulau Pinang (21.0 peratus), W.P. Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.9 peratus).

“Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM221.7 bilion pada April 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM114.7 bilion dan RM107.0 bilion,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan