Search
Close this search box.
Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024. Foto hiasan Envato

Ringgit berada pada paras baik susulan ekonomi berkembang pada suku pertama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 9 pagi ini, ringgit terus mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar AS, naik daripada 4.6940/6990 pada Isnin.

“(Ringgit berada pada paras RM4.69 pagi ini) adalah okay, angka adalah kukuh dan secara umumnya baik.

“Syukur alhamdulillah, ekonomi kita baik pada suku pertama,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) hari ini.

Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 2.9 peratus pada suku keempat 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan