Search
Close this search box.
Kushairi Abang (kanan) ketika program bual bicara sempena sambutan HAWANA 2024 di Kuching pada Isnin. Foto Faitullah Morni (TVS)

Peranan wartawan mustahak dalam pembangunan negara

ByConnie Grace

KUCHING, 28 Mei: Golongan wartawan memainkan peranan penting menyalurkan maklumat sahih bagi menangkis berita palsu, malah menyumbang dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif TVSarawak (TVS) Kushairi Abang berkata, menerusi penganjuran sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, ia sekali gus menunjukkan kepentingan bidang kewartawanan dalam pembangunan negara.

“HAWANA memainkan peranan dalam menyatukan bidang kewartawanan amat penting untuk pembinaan negara dan kita perlu berita-berita berbentuk membina dan bukan berita yang merosakkan perpaduan kita.

“Di sinilah HAWANA boleh memainkan peranan dalam memberi perspektif yang positif kepada para pengamal media,” katanya pada pada sesi bual bicara sempena HAWANA 2024 di sini pada Isnin.

Mengenai bagaimana HAWANA berperanan menjulang martabat wartawan sebagai kerjaya profesional, beliau berkata dengan kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI), wartawan harus mencari kaedah untuk mengelak penyebaran berita palsu susulan ledakan AI.

“Apabila kita bercakap mengenai laporan berita, dengan wujudnya teknologi AI ini, apa-apa berita yang disalurkan dikhuatiri akan wujud maklumat yang salah dan laporan pelbagai sudut.

“Di sinilah berita yang sahih atau benar diperlukan bagi memartabatkan perpaduan negara dalam kepelbagaian rakyatnya,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan