Search
Close this search box.
Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 88 kes. Foto hiasan Envato

Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 88 kes – NADMA

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Mei: Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 88 kes sehingga 27 Mei berbanding 84 kes pada 19 Mei lepas, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Dalam kenyataan hari ini, NADMA memaklumkan pecahan kes mengikut diagnosis adalah 65 kes kelesuan haba, 19 kes strok haba dan empat kes kejang haba.

“Tiada kes kematian terbaru dilaporkan pada minggu ini. Kes kematian akibat strok haba, kekal tiga kes melibatkan seorang lelaki 22 tahun pada 2 Feb lepas di Pahang, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 1 April lepas di Kelantan dan seorang lelaki berusia 25 tahun pada 22 April lepas di Negeri Sembilan.

“Terdapat satu kes strok haba dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes strok haba yang masih dirawat di wad biasa manakala kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh,” menurut NADMA.

Mengenai status cuaca panas, NADMA berkata semalam (27 Mei), daerah Kuala Krai, Kelantan mencatatkan cuaca panas tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius, sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Pada 25 Mei, tiga daerah di Semenanjung dan dua daerah di Sabah mencatatkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius, sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Berhubung storan empangan, NADMA memaklumkan sehingga semalam hanya terdapat satu empangan yang masih menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan berada pada paras bahaya iaitu Empangan Malut di Kedah (25.50 peratus).

“Empat empangan lain menunjukkan baki stok simpanan semasa air mentah berada pada paras amaran iaitu Empangan Muda di Kedah (34.54 peratus), Empangan Timah Tasoh di Perlis (48.08 peratus), Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang (49.90 peratus) dan Empangan Sembrong Barat di Johor (50.98 peratus),” menurut NADMA.

Untuk rujukan, baki storan 29.99 peratus dan ke bawah menunjukkan tahap bahaya, 30 peratus hingga 59.99 peratus (amaran) serta 60 peratus dan ke atas (normal).

Sebarang maklumat lanjut, sila layari https://portalbencana.nadma.gov.my dan https://www.nadma.gov.my.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan